Tuesday, 7 February 2012

sabar ye..

 

Dengarlah pesanan ini

1. Janganlah kamu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kamu berkahwin dengan ‘si dia’..

2. Bercintalah kamu dengannya sekadar sahaja.. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu..

3. Jika kamu ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kamu berhak menjadi milik ‘si dia’..

4. Jika kamu menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya..

5. Kebahagiaan yang kamu lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kamu diijabkabulkan..

6. Jikalau kamu inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka kamulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu..

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu..

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya..

9. Jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan..

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu..


ukhuwah fillah

1 comment: