Sunday, 18 March 2012

ciri2 wanita CANTIK

                     1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
 
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
P/S: Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang. Cantik itu subjektif!

*copy n paste

ukhuwah fillah

Saturday, 10 March 2012

Friday, 9 March 2012

"mind to hand"

bismillah.....


hmmm.... ADE SESUATU..... yg bermain dlm fikiran ni... ntahla... susah tuk tafsirkan.... 
SHAFIQAH! ape yg kamu mahu sebenarnye?? cube bgtau! cube tunjukkan! hmm... NTAH.... ANA XTAU..... mungkin sebenarnye ana tau.... tp... ana xtau mcm mane nk zahirkan perasaan ni........ MENANGIS?? KETAWA?? GEMBIRA?? ana xtau.... ya Allah... apekah?? perasaan ape ni?? 

ape yg ana taip ni?? hahhh... mcm ni la jadinye bile fikiran bercelaru... tangan mula mengikut rentak fikiran....

bibir tersenyum, hati menangis

ukhuwah fillah

Thursday, 8 March 2012

harga wanita solehah

Berapakah harganya di sisi Allah SWT? Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam:

Jika wanita solehah dan beragama = 1 
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang '1' tiada,
Maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok '0'.

renung-renungkan.. 
ukhuwah fillah

Tuesday, 6 March 2012

Cinta Tidak Memerlukan Sebab

bismillah....

Dalam satu kisah percintaan yang menarik, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yg indah, kemudian si isteri bertanya kepada si suami, “Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang mencintai saya...?” Lalu si suami menjawab, ♥ “Abang tak dapat nk menerangkan sebabnya. Namun begitu, abang memang menyayangi dan mencintaimu.” Mendengar jawapan si suami, si isteri berkata lagi, “Abang tak dpt menerangkan sebabnya? Bagaimana mungkin abang kata yg abang sayang dan mencintaiku, sedangkan abang sendiri tak dpt menerangkannya.” “Betul! Abang tidak tahu sebabnya, tetapi abang boleh buktikan bahwa abang memang sayang dan mencintaimu,” kata si suami. Lalu isterinya pun berkata, “Tak nak beri bukti! Tidak! Saya ingin abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang ade suami, semuanya tahu dan mampu menerangkan mengapa mereka mencintai, namun tidak dengan abang yang tidak mampu menerangkan sebabnya.” Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintaimu karena kamu cantik, mempunyai suara merdu, penyayang, dan mengingati abang selalu. Abang juga suka akan senyuman manismu dan tampak begitu manis jika kamu melangkah. Di situlah cinta Abang bersamamu.” Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan apa yang dikatakan si suaminya tadi. Namun begitu, selang beberapa hari, si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami sangat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah tempat isterinya berbaring. ♥♥♥ 

Surat itu berbunyi, 
♥ “Sayang, jika disebabkan suaramu aku menicintaimu, sekarang bisakah engkau bersuara? Tidak! Oleh karena itu, aku tidak bisa mencintaimu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatanmu aku mencintaimu, sekarang bisakah engkau menunjukkan? Tidak! Oleh karena itu, aku tidak bisa mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu, sekarang bisakah engkau tersenyum? Tidak! Oleh karena itu, aku tidak mencintaimu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu, sekarang bisakah engkau melangkah? Tidak! Oleh karena itu, aku tidak bisa mencintaimu."♥ Jika cinta memerlukan sebabnya seperti sekarang, aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu, dulu, kini, selamanya, dan cinta tidak perlu bersebab. 

 "Kadangkala hal tercantik dan terbaik di dunia tidak dpt dilihat dan dipegang, namun ia dpt dirasai dalam hati." 

ukhuwah fillah

Monday, 5 March 2012

ade sesuatu..


bismillah....

hmmm....
skrg ni hati ni cpt btol tersentuh...
tgok crite touching sikit dh mnangis...
dhla citer kartun plak tu.. =='
(chibi maruko chan & one piece)
haiii.... bile ade masalah.. nangis...
bile teringat maktab & kwn2.. nangis..
bile marah.. nangis..
bukan buat2... tp hati ni cepat je jd sebak...
air mata pun mula la mngalir...

hmm....
ade sesuatu di sebalik tangisan sebenarnye...... 

ukhuwah fillah

Saturday, 3 March 2012

la tahzan


Teman..

Janganlah larut dalam kesedihan..
Ingatlah Allah tidak pernah meninggalkanmu
Kesedihan, kegundahan adalah cara Allah melatih dirimu agar selalu bersabar..
Allah mengetahui batas kemampuanmu dlm memikul beban

maka
yakinlah derita yg kamu rasakan saat ini sesungguhnya mampu kamu pikul
Berserah dirilah kepada Allah kerana hanya Ia tempat kita meminta Apapun deritamu, tetaplah hadapi dengan tersenyum

Ya Allah,
gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan,
jadikan kesedihan itu awal kebahagian,
dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram..
 
Ya Allah,
dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan,
dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan..
 
Ya Allah,
sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang,
dan hancurkan perasaan yang jahat dengan sinar kebenaran..
Hempaskan semua tipu daya syaitan dengan bantuan tenteraMu... Aamiinn

ukhuwah fillah

lemahnye diri ini ya Allah....


Lemahnya diri ini
Baru sedikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja air mata dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mulai lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sedikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang memberi

Lemahnya diri ini
Baru sedikit berbuat kebaikan
Riya' dan ujub bersorak keriangan

Lemahnya diri ini
Bila mulai suatu kebaikan
Tak berdaya mahu teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah mahu ditempuh
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik sibuk dengan urusan duniawi
Tak pernah bimbang amalan selama ini 

Diterima atau ditolak

Lemahnya diri ini
Bagaimana mahuku jawab seruan jihad?
Baru sedikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa sampai lupa diri
Lupa menangis mengingati MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini..
Kami mohon kekuatan daripadaMu
Tuntunilah langkah kami walau hanya mampu merangkak
Itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku
Berikan kami peluang melintasi jalan yang Engkau redhai
Ampunilah kekhilafan atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...

Aamiiin Ya Rabbal’alamin..

ukhuwah fillah

aku dambakan cintaMu ya Rabb...

Ya Rabb..
saatku bersedih,
Kau hadirkanlah orang2 terbaik tuk menghiburkanku...
 Kau hadirkanlah insan2 berhati mulia yang senantiasa mengajarkanku tuk mencintaiMU...
dan ku tahu KAU selalu ada di sampingku, tersenyum padaku...
 
 Saatku mulai lelah dengan perjalanan panjang tak berhujung,
lelah mengejar cita yang tak kunjung dapat ku gapai,
Kau beri aku bingkisan indah,
sebuah jalan terbaik yang tak pernah terfikir olehku...
dan saatku mulai bimbang dengan pilihanku, Kau bimbing aku menuju cahayaMu...

Ya Rabb..
Sungguh, caraMU menegurku begitu indah, begitu manis, dan penuh cinta... Terkadang ku harus sakit,
ku harus jatuh dan ku harus menangis..
Namun dalam hatiku yang penuh noda ini tetap Kau sisipkan sebuah celah tuk memasukkan cahaya hidayahMU agar aku dapat merasai kasih sayangMu...

Cahaya itulah yang menyedarkanku akan teguranMU dan
mengembalikan jiwaku yang lalai agar kembali mengingatMU..
Sesungguhnya di kala kita renungkan selalu ada hikmah di balik setiap sesuatu yg berlaku namun hanya orang2 berimanlah yang mampu memetik hikmah itu..
Hanya hati yang bersih yang mampu menerima cahaya hidayahNYA..
Hanya hati yang terbuka yang mampu membaca cintaNYA dan hanya orang2 berakal yang mampu belajar serta memahami teguranNYA sehingga berubah menjadi pribadi yang lebih mulia...

Ya Rabb..
Aku mencintai caraMu mencintaiku...
Aku mencintai caraMu menegurku...
maka ajari aku untuk terus mencintaiMu dan
tetapkan iman di dadaku hingga akhir waktu, Amiinn...

 
 ukhuwah fillah

nilai sekeping hati

Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. 

  Pada insan yang tak mengerti.. 
Kerana, sekali kau memberi..
selamanya dia di HATI.. 

  Kerana, sekali kau dilukai..
 sampai bila2 tetap kau ingati..

  Pesan lagi pada diri, 
hati2lah dalam memberi HATI kerana ia hanya untuk insan yang tahu
 menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI
 
ukhuwah fillah

bukan sekadar janji

Kalau satu hari nant awak menangis,
beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,

Kalau satu hari nant awak ada masalah, 
awak bg tahu saya,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya

Kalau satu hari nant awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
tapi...
saya boleh teman awak dan menjaga awak

Kalau satu hari nant awak perlukan seseorang untuk mendengar
cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari nant awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul,
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan hanyalah "doa" daripada awk..
ukhuwah fillah